Wednesday, October 14, 2009

Ucapan Raya

raya 09

Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin wat rakan setia, rakan kanan 313,rakan2 atasan dan semua ahli 313. Jika pendekar otai ada terkasar bahasa sebelum ini tolong maafkan ye.

Selamat Berjuang rakan2 313...mudah-mudahan ALLAH memberi rahmat dan petunjuk ke jalan yang benar..AMIN

Thursday, May 28, 2009

Budaya barat itulah perosak !!!


Cinta perlu dilafazkan, cinta pandang pertama, menghabisi saat-saat bercinta mengikut telunjuk barat seperti bersama, memegang tangan, berkucupan, bersekedudukan, berkongsi segala-galanya dengan pasangan dan akhirnya menuju ke medan perkahwinan setelah menyakini itulah pasangan yang paling ideal dan layak di bawa ke dalam kehidupan sebenar.

 

Diperkenalkan dengan keluarga, diikat melalui pertunangan dan akhirnya berkahwin dengan ucapan semoga berbahagia ke anak cucu dan berharap tidak akan bercerai dan berpisah selama-lamanya.

 

Hakikatnya perkahwinan sebeginilah yang paling ramai bercerai !!!

 

Islam memandang cinta sebagai suatu yang fitrah dan mulia

Di dalam agama Islam, cinta sememangnya diperintahkan dan ianya merupakan standard perasaan yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim.

 

Tidak sempurna iman tanpa cinta demikian tinggi Islam memandang cinta itu sebagai sesuatu yang beharga. Oleh yang demikian ianya diberikan hanya kepada yang berhak, disalurkan kepada mereka yang layak dan dilarang serta dihalangdaripada memberikannya kepada mereka yang tidak berhak.

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

 

Juga baginda Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasalam turut bersabda : “Ada tiga perkara yang sekiranya terdapat dalam diri seseorang, maka dia telah mendapatkan kemanisan iman: Allah S.W.T dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah S.W.T, dan benci kembali kepada kekafiran sesudah Allah S.W.T menyelamatkannya darinya sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)

Menangani Masalah Asmara Cinta


Tamadun barat banyak mempengaruhi dunia Islam khususnya semenjak kejatuhan empayar Islam Turki Uthmaniyah. Disebabkan kelemahan umat Islam di dalam pelbagai bidang termasuklah keilmuan, politik, pemikiran dan budaya maka kelemahan ini menjadikan masyarakat Islam seumpama vakum yang menyerap masuk segala debu-debu dan kotoran disebabkan kekosongan dan kebuntuan.

 

Politik yang kacau bilau yang dicetuskan di dalam era kejatuhan Islam di seluruh dunia bermula Turki, fasa taklid dan kejahilan agama yang dahsyat, lemah semangat dan kurang keyakinan yang parah terhadap agama menjadikan masyarakat mula mengkagumi kemodenan, kemewahan dan kehebatan kuffar yang tecerna di dalam tamadun dan budaya eropah di abad ke 19 sebelum ini.

 

Satu demi satu, budaya dan aneka ragam penghasilan barat di bawa masuk baik yang material seperti teknologi sehinggalah kepada pemakaian dan sikap serta tingkahlaku.

 

Memakai sudu dan garfu, memakai tali leher di tengkuk, sehinggalah kepada perhubungan dan perasaan fitrah seorang manusia akhirnya dipandu oleh pemikiran dan berdasarkan budaya barat.

 

Dahulu, seorang gadis di tanah melayu hanyalah mengenali cinta melalui perkahwinan, di negara-negara Islam dan kawasan jajahannya sejak sekian lama gadis dan lelaki di asingkan semenjak baligh kini sudah mula bercampuran dan mula bergaul dan menikmati kemanisan cinta tanpa perkahwinan.

Wednesday, May 27, 2009

Bilangan Ahli Termasuk Negeri

Mengikut secara puratanya.., Otai 313 telah berkembang dari masa ke semasa dan telah ramai ahli yang menyertainya. Ramai ahli yang datang dari Utara, Selatan, Timur & Barat. Antaranya ialah:

  • Kuala Lumpur
  • Putrajaya
  • Selangor
  • Kedah
  • Perak
  • Pahang
  • N.Sembilan
  • Johor
  • Melaka
  • P.Pinang
  • Sarawak
Di dalam senarai telah tercatat seramai 100 lebih daripada 313 orang. Panglima harap Geng Otai 313 berkembang dan mempunyai ramai ahli.

Ikrar Otai 313

Otai 313 1 nama yang sah,

1 panji di kibar,
Hitam, kuning dan merah warna perjuangan,
1 pakaian ketenteraan,
1 key chain dan stiker tanda perkenalan,
persaudaraan dan perpaduan penting dalam perjuangan,
10 matlamat perjuangan 313

Tidak boleh mengingkari arahan ketua dan orang2 atasan.

Perlu laksanakan tugas yang diberi oleh ketua dan orang2 atasan.

Tuesday, May 26, 2009

Sticker 313














Kepada ahli 313 yang sah sahaja, sesiapa yang berminat untuk membeli sticker(kereta)ini. Sila senaraikan beberapa nama penuh (gelaran 313) yang berminat berserta dengan wang RM11. Tolong berikan nama anda di email saya. Sekian terima kasih.

Lagu Semangat 313