Tuesday, October 25, 2011

Janganlah Mudah Berputus Asa

Patutkah kita manusia yang sempurna tubuh badan yang dikurniakan oleh Allah mudah berputus asa bila sedikit ujian yang Dia turunkan pada kita. Orang yang mudah berputus asa tiada pegangan agama yang kukuh mudah goyah bila sedikit saje ujian yang Allah turunkan.Bahkan Allah sendiri berfirman dalam hal ini dalam Al-Quran :

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut.

Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik.

Dalam ujian dikurniakan jika jangan mengaku kalah,bangkit semula membina hidup anda yang lebih sempurna. Mungkin ada hikmah setiap ujian yang Dia sembunyikan dari kita.Kalau kita jatuh,bangunlah semula.2 kali jatuh 3 kali bangun,5 kali jatuh 6 kali bangun.Inilah sifat seorang muslim yang sejati. Dalam erti kata lain kita harus berusaha bersungguh-sungguh menghadapi segala halangan dan ujian.Okey sekarang saya nak kongsikan sebuah video untuk anda semua tontoni. Seorang insan yang tidak sempurna sifatnya tapi kuat semangat untuk mengecapi kehidupan.

Tuesday, October 11, 2011

Catatan 313 kini kembali...

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.,

Sudah hampir setahun ,saya tidak aktif menulis catatan di blog kerana sibuk dengan hal-hal tertentu. Walhal kini tiba masanya saya kembali menulis. Alhamdulillah pengumuman pada hari ini ingin menceritakan kisah Geng Otai 313 telah ditukar nama baru kepada Majlis 313.

Kini Majlis 313 mempunyai logo rasmi baru, boleh lihat contoh gambar dibawah :