Thursday, May 28, 2009

Budaya barat itulah perosak !!!


Cinta perlu dilafazkan, cinta pandang pertama, menghabisi saat-saat bercinta mengikut telunjuk barat seperti bersama, memegang tangan, berkucupan, bersekedudukan, berkongsi segala-galanya dengan pasangan dan akhirnya menuju ke medan perkahwinan setelah menyakini itulah pasangan yang paling ideal dan layak di bawa ke dalam kehidupan sebenar.

 

Diperkenalkan dengan keluarga, diikat melalui pertunangan dan akhirnya berkahwin dengan ucapan semoga berbahagia ke anak cucu dan berharap tidak akan bercerai dan berpisah selama-lamanya.

 

Hakikatnya perkahwinan sebeginilah yang paling ramai bercerai !!!

 

Islam memandang cinta sebagai suatu yang fitrah dan mulia

Di dalam agama Islam, cinta sememangnya diperintahkan dan ianya merupakan standard perasaan yang wajib dimiliki oleh seorang Muslim.

 

Tidak sempurna iman tanpa cinta demikian tinggi Islam memandang cinta itu sebagai sesuatu yang beharga. Oleh yang demikian ianya diberikan hanya kepada yang berhak, disalurkan kepada mereka yang layak dan dilarang serta dihalangdaripada memberikannya kepada mereka yang tidak berhak.

 

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : “Tidak beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orang tuanya, anaknya dan manusia seluruhnya.” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

 

Juga baginda Rasulullah Shalallahu’alaihi Wasalam turut bersabda : “Ada tiga perkara yang sekiranya terdapat dalam diri seseorang, maka dia telah mendapatkan kemanisan iman: Allah S.W.T dan RasulNya lebih dicintainya daripada selain keduanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah S.W.T, dan benci kembali kepada kekafiran sesudah Allah S.W.T menyelamatkannya darinya sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka.” (Hadis sahih riwayat Al-Bukhari)